Sunday, July 4, 2010

Haruskah - 18

“Alex mana? Ponteng?” tanya Adam.

“Entahlah. Saya tidak nampak dia sejak balik dari rumah awak,” balas Hans.

“Merajukkah dia?”

“Tidak patut dia merajuk. Tidak adil.”

“Kuat juga awak pukul dia malam itu,” Adam mengingatkan.

“Siapa suruh dia kurung kita di luar? Tengah-tengah malam pula lagi. Mujur ibu awak mahu bukakan pintu,”

“Kami sudah terbiasa. Dulu ibu selalu juga kenakan saya. Kononnya hendak kurung saya di luar sepanjang malam. Kalau ibu tidak bukakan pintu pun, saya boleh panjat naik balik. Saya boleh masuk melalui tingkap stor,”

“Dari mana awak belajar semua tu? Tinggi bumbung itu kalau awak mahu panjat balik,”

“Susah saya hendak cakap,”

“Kenapa? Dengan saya pun awak mahu berahsia?”

Adam tunduk. Tangan ditekupkan ke wajahnya.

“Adam?”

“Saya belum boleh beritahu awak lagi. Bukan sekarang,” Adam membalas perlahan.

“Kalau bukan sekarang, bila?”

“Saya pasti masanya akan tiba tidak lama lagi,”

Adam meninggalkan Hans. Hanna yang baru tiba di muka pintu kafe terperanjat kerana hampir berlanggar dengan Adam. Dia membiarkan Adam berlalu tanpa menegurnya.

“Kenapa dengan Adam?” tanyanya pada Hans.

“Saya tidak tahulah. Kebelakangan ini dia macam banyak masalah. Awak tengoklah, boleh pula dia pecahkan rekod sekolah, jadi pelajar lelaki pertama yang pengsan masa program kembara malam. Pengawas bertugas pula lagi,”

“Bukankah peristiwa itu sudah beberapa bulan yang lalu?”

“Sebelum itu mana pernah dia jadi tidak tentu hala begini,”

Hanna diam mengiakan.

*

Adam memerhatikan kereta yang diletakkan di hadapan pintu pagar rumahnya dari jauh. Dia cuba menghubungi ibunya.

“Assalamualaikum, ibu,”

“Waalaikumussalam. Ada apa, Adam? Adam di mana? Belum sampai ke rumah lagikah?”

“Adam sudah di hadapan rumah. Ada orang datangkah?”

“Ibu tidak tahu. Ibu masih di pejabat. Oh, ada panggilan masuk. Ibu kena letak telefon sekarang. Adam pergilah jumpa mereka,”

“Yalah,” ujar Adam. Talian diputuskan.

Adam memasuki rumah melalui pagar belakang. Sewaktu dia mengintai dari balik tirai ruang tamu, kereta itu masih di tempatnya. Adam memberanikan diri untuk keluar menemui pemilik  kereta itu.

Setelah pintu pagar dibuka, seorang remaja sebaya Adam keluar dari tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Susuk tubuhnya juga hampir sama dengan Adam, tetapi lebih tegap.

“Adam,” getusnya.

“Awak cari siapa?”

“Awak,”

__________

1. Siapa yang datang?
2. Entri pendek sedikit. Terkejar dengan masa.
3. Esok sudah mula kuliah. Masa yang paling sesuai untuk jatuh sakit T_T..

5 comments:

  1. karya sndri? pndai awak :')

    ReplyDelete
  2. boleh tak kalau nak komen penulisan kamu??

    ReplyDelete
  3. @ fina. thanks. actually idea asal my best friend time form 2, tapi dah ubah dah.. hehe..

    @ khadijah: boleh saja.. hehe.. silakan.. silakan..

    @ faizu, tak tau g mana komen tadi.. hmm.. nasib baik ingat nama.. aduh..

    ReplyDelete
  4. eh, ada pulak.. hehe.. ok2.. GB tengah prob kut sekarang. banyak benda tengah tak betul. siap2 kong dah g buat theme dia jadik lain pun still ada prob lagi.. hmm..

    ReplyDelete